Senin, 2008 April 28

Membina Jiwa

Setiap ilmu mempunyai fiqh (kefahaman) yang membawa para pendukung dan pelajarnya ke arah mengetahui apa yang wajib diketahui dari ilmu itu, mengetahui perkara-perkara dasar dan cabang-cabangnya.

Oleh kerana itu hukum-hukum al-Quran mempunyai fiqh. Sunnah yang mulia mempunyai fiqh. Begitu juga sirah nabawiyah, mempunyai fiqh.

Oleh itu, untuk kita benar-benar mendokong Deen Allah SWT, beramal untukNya, melakukan dakwah dan Islah juga memerlukan fiqh. Hanya mereka yang diberi ilmu yang benar dan hati yang ikhlas oleh Allah Taala sahajalah yang dapat bertahan atau istiqamah di atas jalan ini.

As Syeikh Jumaah Amin menyebutkan bahawa sama bahayanya mereka yang menentang Islam dan mereka yang ingin mendokong Islam tetapi tidak kena caranya.

Dan Jalan dakwah ini adalah jalan yang dipenuhi dengan cabaran dan ujian. Sebagaimana kata Syeikh Fathi Yakan “Ketahuillah wahai saudaraku para juru dakwah, sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji hakikatmu”. Benar-benar seperti yang pernah dinyatakannya di dalam Al Qur’an dengan firmanNya:

“Aif lam mim, Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk mengaku bahawa ‘Kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi? Sesungguhnya Kami telah menguji orang-o rang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Surah Al Ankabut 1-3